Kampung China

Di persisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung China (China Town) yang telah wujud sejak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abd ke 15.
Kewujudan Kampung China adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal , Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke 19 mencatatkan, kaum Cina pada zama tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Kuala Terengganu adalah satu bandaraya perdagangan maritime yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi Bandar perdagangan yang penting antara kedua Negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk Bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan asia Tenggara.

Di persisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenai sebagai Kampung China (China Town) yang telah wujud sejak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abd ke 15.

Kewujudan Kampung China adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu.
Pelayar terkenal , Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke 19 mencatatkan, kaum Cina pada zama tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.Kuala Terengganu adalah satu bandaraya perdagangan maritime yang penting pada zaman purba.

Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi Bandar perdagangan yang penting antara kedua Negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk Bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan asia Tenggara.

Istana Maziah lambang kemegahan

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu.
Terletak berhampiran Bukit Puteri, kira-kira 200 meter dari gigi air sungai Kuala Terengganu.
Istana Maziah merupakan salah satu tarikan utama di Kuala Terengganu. Tidak seperti istana-istana tradisional yang lain, rekabentuk istana ini mempunyai sentuhan senibina Perancis . Menghala ke pesisir air Kuala Terengganu yang indah.
Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10.00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 – 1918 ), manakala catatan Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.


Malangnya, istana tersebut telah terbakar sebelum perang dunia ke-2. Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula.
Kira-kira 20 orang tukang ( Melayu dan Cina) terlibat dalam pembinaan istana ini. Masalah kewangan pada ketika menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh.


Walaupun begitu, istana ini siap dan upacara ‘naik istana’ diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1321 ). Tidak berapa lama selepas istana ini siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana yang pada ketika itu di bawah anjung istana ini boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 – 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Nasiruddin Shah ( 1945 – 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan Singgahsana dipindahkan di tingkat atas. Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh. Selain itu bilik di tingkat sebelah atas matahari naiktelah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana.

Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru istana ini. Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.Malangnya, istana tersebut telah terbakar sebelum perang dunia ke-2, adalah kerana bahan binaannya yang menggunakan batu kapur yang dicampur dengan tanah liat, garam kasar, putih telur dan madu untuk memperkukuhkan struktur istana tersebut namun telah dibina semula pada zaman perang yang lepas.

Hari ini, Istana Maziah adalah tempat bagi keraian-keraian diraja, perkahwinan diraja, penyerahan dokumen penting atau sambutan ketibaan pembesar-pembesar tempatan mahupun luar negeri.

Medan Maziah

Salam..ape khabar pembace sekalian??harap sihat selalu la..ha..kali ini penulis hendak bawa anda ke Medan Maziah yang terletak bersebelahan dengan Istana Maziah . Kalau anda pernah sampai disini ianya juga berdekatan dengan Bukit Puteri dan terletak berhadapan dengan Taman Syahbandar. Cantik sungguh senibina Medan Maziah ini kan?Ia menjadi tumpuan para pelancong kerana seni bina lanskapnya yang cantik yang mampu mencuri tumpuan para pengunjung yang mengunjungi Taman Syahbandar.

Medan Maziah juga merupakan sebuah taman rekreasi yang amat sesuai untuk para pengunjung beristirehat. Disamping taman yang cantik,suasana yang damai dan tenang mampu
menenangkan fikiran para pengunjung. Terdapat ramai pelancong asing pernah berkunjung ke Medan Maziah untuk menikmati keindahan lanskap di taman tersebut.


Medan Maziah pada asalnya adalah sebahagian kawasan Istana Maziah. Sebahagian besar kawasan tersebut telah dijadikan sebagai sebuah taman lanskap yang cantik. Disana terdapat sebuah tepak sirih gergasi yang menjadi simbol zaman nenek moyang kita yang menjadikan daun sirih sebagai amalan yang semakin dilupakan dari hari ke hari.

Apa lagi..mai pakat kesana...

Taman Tamadun Islam

Kali ini penulis mahu membawa anda untuk mengenali Taman Tamadun Islam (TTI) yang seringkali muncul di bibir-bibir anda.Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di Pulau Wan Man adalah Taman Tema yang pertama di dunia yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia.


Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di taman monumen ini,diantaranya ialah terdapatnya servis TRAM, BUGGY, SEWA BASIKAL dan terdapat juga penyediaan kerusi roda saperti gambar yang penulis paparkan diatas. Servis ini disediakan bagi pengunjung-pengunjung yang mahu bersiar tanpa penat berjalan tetapi dikenakan caj yang berpatutan. Bagi kanak-kanak yang inginkan kepuasan bermain,terdapat permainan kanak-kanak yang pasti membuatkan kanak-kanak gembira untuk mencuba seperti Ferris Wheel, Mini Drop, Flying Aeroplane dan Caroussel.

Kalau sebelum ini negeri Terengganu dianggap tidak berpenghuni dan tidak maju dari segi pembangunan,kini penulis ingin membawa anda untuk menjelajah Taman Tamadun Islam(TTI) yang mula dibina pada Mac 2005 dan mengambil masa kira-kira 3 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Taman Tamadun Islam(TTI) dibuka pada 3 Feb 2008 mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina islam dari seluruh pelosok dunia.

TTI telah menjadi salah satu antara tarikan pelancong yang unik dan berbeza berbanding tempat-tempat pelancongan yang lain yang terdapat di Malaysia mahupun di dunia. Ini kerana uniknya Taman Tamadun Islam(TTI) ,ianya dikelilingi oleh 21 replika-replika masjid dari serata dunia dan juga sebuah masjid yang menjadi mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal yang turut berdiri gah di situ.


Taman Tamadun Islam(TTI) menelan perbelanjaan sebanyak RM 249.3 juta dimana melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara badan yang memantau projek tersebut ialah Perbadanan Memajukan Iktisad NEgeri Terengganu(PMINT).




Bahan asas pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.




Antara replika-replika yang terdapat di Taman Tamadun Islam (TTI) :

Masjid Abu Nasr Pasra(Afghanistan)

Masjid an-Nabawi (Arab Saudi)

Masjidil Haram( Arab Saudi)

Masjid Sultan Omar Syarif (Brunei)

Masjid Xian (China)

Taj Mahal (India)

Masjid Kuddus Mina( Indonesia)

Masjid Sheikh Lutfalla( Iran)

Masjid Besar Samarra (Iraq)

Masjid Negara (Malaysia)

Masjid Mohamed Ali (Mesir)

Masjid Agadez (Nigeria)

Masjid Badshahi (Pakistan)

Kubah As Sakhra (Palestin)

Masjid Kul Sharif Tatarstan( Rusia)

Masjid Al Hambra (Sepanyol)

Masjid Alepo Citadel( Syria)

Masjid Pusat Petani (Thailand)

Masjid Qairawan (Tunisia)

Tugu Kompleks Suleiman (Turki)

Menara Kalyan (Uzbekistan)

Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung adalah sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk yang unik dimana ianya kelihatan seolah-olah saperti terapung dari jauh serta menarik jumlah pelawat untuk ke sana.



Pembinaan adalah hasil cetusan idea Al Marhum Sultan Mahmud Al Mukhtafibillah Shah. Nama masjid tersebut diambil sempena Al Marhum bonda baginda,Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja yang juga telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana sebagai tujuan pembinaan masjid tersebut.

Anda boleh datang ke masjid ini bukan sahaja untuk beribadah,malahan untuk melihat penorama-panorama indah seperti yang sempat penulis rakamkan. Keindahan Masjid Tengku Tengah Zaharah lebih terserlah pada waktu hampir senja bilamana saat matahari terbenam.



Selain keindahan tasik yang memukau mata pengunjung,udara tasik juga sangat meyamankan dan pasti mengubat keserabutan kepala. Anda pasti dapat lihat kesenian yang terukir di Masjid Tengku Tengah Zaharah ini mempunyai unsur-unsur Islamik dan menjadi lambang inovasi dan modenisasi kepada penduduk negeri Terengganu.





Masjid Tengku Tengah Zaharah yang seolah-olah terapung di atas air ini telah didirikan di atas tanah yang ditebus guna seluas 5 ekar di Teluk Ibai, Kuala Terengganu dan dapat menampung ahli qariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitarnya serta para pengunjung dan juga musafir.



Masjid Tengku Tengah Zaharah terletak di tepi Jalan Sultan Mamud, 7 kilometer ke Kuala Terengganu cukup memikat para pelancong untuk menunaikan ibadat dan menghilangkan penat.


Dengan landskap yang diilhamkan secara seni dan perkongsian idea senibina yang cukup harmoni, tambahan pula kelihatan diapungi air tasik yang jernih, Masjid Tengku Tengah Zaharah adalah jelmaan suatu gagasan yang amat padu, wajar dan berkomposisi secara saksama dan profesional.

Muzium Negeri Terengganu

Melihat kepada peninggalan dan juga artifak-artifak yang tersimpan di Muzium Negeri Terengganu.Penulis membawa anda ke satu tempat mengimbau sedikit sebanyak tentang selok belok bagaimana tertubuhnya Muzium Negeri Terengganu ini.




Sebelum itu, perkenalkan Muzium Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu Sultan Terengganu. Muzium Negeri Terengganu meliputi kawasan seluas 27 hektar dan ianya terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Losong, Paloh Negeri Terengganu.

Kompleks muzium tersebut mempunyai keluasan sebanyak 75,075 meter. Ianya terdiri daripada 4 blok iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, 5 rumah-rumah tradisional dan kawasan lanskap, Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum yang terdiri daripada bangunan utama. Dua galeri yang terdiri daripada Muzium Maritim ialah Galeri Taman Laut dan Galeri Pengembaraan Laut.




Muzium tersebut mempunyai struktur seni bina yang mengkagumkan disertai dengan kompleks Muazam, meliputi kawasan yang amat luas iaitu 27 hektar berhampiran dengan sungai Terengganu.

Rentetan sejarah menyatakan bahawa hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri Terengganu ini tercetus disebabkan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buloh,Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini menggembirakan rakyat Terengganu dan timbulnya rasa kesyukuran yang amat. Masalah yang dihadapi apabila tiadanya tempat untuk meyimpan batu bersejarah ini. Menyedari keadaan ini,pihak pimpinan negeri ketika itu mula berhasrat untuk menubuhkan satu muzium sendiri bagi menyimpan artifak-artifak dan peninggalan berharga seperti batu bersejarah ini.

Oleh itu,jika anda lihat di pintu masuk utama dimana terletaknya Batu Bersurat sebagai salah satu bukti juga pengaruh awal Islam di negeri Terengganu. Istana Lama Terengganu dan bot tradisional lama juga dipamerkan di perkarangan muzium. Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara yang kaya dengan artifak sejarah dan hasil seni yang berabad lamanya.




Bayaran tiket yang dikenakan kepada para pengunjung mengikut peringkat usia seperti di bawah:

Pelancong Malaysia
Dewasa =RM5
Kanak-kanak=RM2
Pelajar Sekolah=RM1

Pelancong Asing
Dewasa =RM15
Kanak-kanak=RM10