Istana Maziah lambang kemegahan

Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu.
Terletak berhampiran Bukit Puteri, kira-kira 200 meter dari gigi air sungai Kuala Terengganu.
Istana Maziah merupakan salah satu tarikan utama di Kuala Terengganu. Tidak seperti istana-istana tradisional yang lain, rekabentuk istana ini mempunyai sentuhan senibina Perancis . Menghala ke pesisir air Kuala Terengganu yang indah.
Setakat ini terdapat percanggahan mengenai tarikh pembinaan Istana Maziah. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10.00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 – 1918 ), manakala catatan Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.


Malangnya, istana tersebut telah terbakar sebelum perang dunia ke-2. Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula.
Kira-kira 20 orang tukang ( Melayu dan Cina) terlibat dalam pembinaan istana ini. Masalah kewangan pada ketika menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh.


Walaupun begitu, istana ini siap dan upacara ‘naik istana’ diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1321 ). Tidak berapa lama selepas istana ini siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana yang pada ketika itu di bawah anjung istana ini boleh dilalui kereta. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920 – 1942 ), layang-layang anak tangga dipinda. Seterusnya pindaan dilakukan lagi di masa pemerintahan Sultan Nasiruddin Shah ( 1945 – 1979 ). Bilik di tingkat bawah terletak Singgahsana di sebelah matahari naik telah dibuang pintunya supaya ia bertambah luas. Dengan Singgahsana dipindahkan di tingkat atas. Pada tahun 1954, dibina pula layang-layang tangga hadapan di sebelah matahari jatuh. Selain itu bilik di tingkat sebelah atas matahari naiktelah dirobohkan untuk ditempatkan Singgahsana.

Pada tahun 1972, sebuah bangunan tambahan dibina di bahagian rusuk sebelah barat. Seterusnya Singgahsana pula ditempatkan di tingkat atas bangunan baru istana ini. Pada tahun 1998, satu tambahan baru telah dibina di bahagian hadapan istana ini.Malangnya, istana tersebut telah terbakar sebelum perang dunia ke-2, adalah kerana bahan binaannya yang menggunakan batu kapur yang dicampur dengan tanah liat, garam kasar, putih telur dan madu untuk memperkukuhkan struktur istana tersebut namun telah dibina semula pada zaman perang yang lepas.

Hari ini, Istana Maziah adalah tempat bagi keraian-keraian diraja, perkahwinan diraja, penyerahan dokumen penting atau sambutan ketibaan pembesar-pembesar tempatan mahupun luar negeri.

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Istana Maziah lambang kemegahan"