Masjid Tengku Tengah Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung adalah sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk yang unik dimana ianya kelihatan seolah-olah saperti terapung dari jauh serta menarik jumlah pelawat untuk ke sana.



Pembinaan adalah hasil cetusan idea Al Marhum Sultan Mahmud Al Mukhtafibillah Shah. Nama masjid tersebut diambil sempena Al Marhum bonda baginda,Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja yang juga telah berkenan menyumbangkan sebahagian daripada dana sebagai tujuan pembinaan masjid tersebut.

Anda boleh datang ke masjid ini bukan sahaja untuk beribadah,malahan untuk melihat penorama-panorama indah seperti yang sempat penulis rakamkan. Keindahan Masjid Tengku Tengah Zaharah lebih terserlah pada waktu hampir senja bilamana saat matahari terbenam.



Selain keindahan tasik yang memukau mata pengunjung,udara tasik juga sangat meyamankan dan pasti mengubat keserabutan kepala. Anda pasti dapat lihat kesenian yang terukir di Masjid Tengku Tengah Zaharah ini mempunyai unsur-unsur Islamik dan menjadi lambang inovasi dan modenisasi kepada penduduk negeri Terengganu.





Masjid Tengku Tengah Zaharah yang seolah-olah terapung di atas air ini telah didirikan di atas tanah yang ditebus guna seluas 5 ekar di Teluk Ibai, Kuala Terengganu dan dapat menampung ahli qariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitarnya serta para pengunjung dan juga musafir.



Masjid Tengku Tengah Zaharah terletak di tepi Jalan Sultan Mamud, 7 kilometer ke Kuala Terengganu cukup memikat para pelancong untuk menunaikan ibadat dan menghilangkan penat.


Dengan landskap yang diilhamkan secara seni dan perkongsian idea senibina yang cukup harmoni, tambahan pula kelihatan diapungi air tasik yang jernih, Masjid Tengku Tengah Zaharah adalah jelmaan suatu gagasan yang amat padu, wajar dan berkomposisi secara saksama dan profesional.

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Masjid Tengku Tengah Zaharah"