Terengganu Darul Iman

Negeri Terengganu ialah sebuah negeri Pantai Timur yang terlatak di Semenanjung Malaysia.Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu.Antara daerah yang terdapat di Terengganu ialah Marang, Kemaman, Kuala Besut, Merang, Kerteh, Besut, Dungun dan Seberang Takir.

Tarikan utama di Terengganu ialah keindahan dan kecantikan pantai-pantai yang sangat popular di kalangan pengunjung yang mahukan susana aman dan damai serta jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar.

Pulau-pulau yang terdapat di Terengganu yang menarik jumlah trafik pelawat tidak kira samada dalam negara mahupun luar negara sekaligus menjadikan Terangganu sebagai salah satu destinasi utama bagi pengunjung yang cintakan alam semulajadi. Antara pulau-pulau itu ialah Pulau Perhentian, Pulau Kapas , Pulau Redang , Tasik Kenyir, Rantau Abang dan Lang Tengah.


Selain itu, Terengganu juga sangat popular dengan Monsoon Cup pada peringkat Kebangsaan dimana telah menjadi acara tahunan sejak 2005 yang lalu.