Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu
Pernah dengar tentang Hutan Lipur Sekayu??Tempat ini menjadi kegemaran bagi mereka yang suka berkelah..selain berkelah,bersiar-siar,berkhemah anda juga boleh untuk trekking..menarik bukan?
Hutan Lipur Sekayu ini terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan. Ia merupakan hutan dari jenis Hutan dipterokarp seperti Damar HItam,Keruing,Meranti dan lain-lain.
Apa yang menarik tentang hutan lipur ini terdapat sebuah air terjun yang mempunyai 3 peringkat. Air sungai yang dingin dan pemandangan yang mempesonakan ini menjadi tarikan kepada pengunjung disini menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berisitirehat dan berekreasi sambil menenangkan fikiran. Hutan lipur ini juga menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap dengan tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik sangat sesuai kepada pengunjung yang sukakan aktiviti perkhemahan.
Hutan Lipur Sekayu sememangnya terkenal dengan buminya yang kaya dengan pelbagai khazanah semulajadi seperti spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok termasuk yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi ada terdapat di sini.
Perjalanan penulis dari Universiti Sultan Zainal Abidin mengambil masa kira-kira 1jam20minit untuk sampai ke sana..Pengunjung juga boleh bermalam jika berminat boleh cari chalet atau homestay yang berdekatan..