Pertandingan Memasak 'Riang Ria Sotong'

Pada bulan Mei yang lalu, satu pertandingan memasak telah diadakan di negeri Terengganu iaitu Pertandingan Memasak ‘Riang Ria Sotong’ yang dianjurkan oleh Primula Beach Hotel bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Nestle yang merupakan aktiviti tahunan dan ia merupakan satu usaha untuk mencungkil bakat baru dalam bidang masakan.


Salah satu syarat pertandingan itu ialah peserta diwajibkan menyediakan dua jenis masakan berasas produk keluaran FAMA dan Nestle dengan bahan utama sotong serta sejenis masakan pencuci mulut.

Kumpulan pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam di sini muncul juara Pertandingan Memasak ‘Riang Ria Sotong’ yang diadakan di Primula Beach Hotel. Kumpulan itu diwakili oleh Abdul Hadi Othman dan Wan Fazdle Wan Mohamad Ali yang menamakan kumpulan mereka 'Skema Boys'. Mereka adalah pelajar tingkatan empat dari Kelab Ekonomi Rumahtangga (ERT) itu telah menumpaskan 13 pasukan dari sekolah lain yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Masakan yang dinamakan ‘Sotong Goreng Sos Lemon, ‘Sotong Bercili’ dan ‘Triffle’ itu adalah menu ciptaan sendiri kedua-dua pelajar tersebut. Dengan kejayaan itu mereka berdua membawa pulang wang tunai RM300, baucer penginapan termasuk sarapan pagi dan makan malam, hamper dan piala.

Tempat kedua pula disandang oleh Che Ku Rosnita Che Ku Rani dan Engku Syazwani Engku Muzi dari Kampung Kepong dan mereka menerima wang tunai RM200, dua baucer penginapan termasuk sarapan pagi, hamper dan piala.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan yang diwakili Nik Mat Ali Nik Chik dan Saidah Yahya dari Kuala Berang yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150, dua baucar BBQ, hamper dan piala.

Kesemua hadiah termasuk tempat ke-4 dan saguhati disampaikan oleh Pengurus Akaun Primula Beach Hotel, Noraniza Hitam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Pertandingan Memasak 'Riang Ria Sotong'"