Karnival Candat Santai Harian Metro 2010

Baru-baru ini Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 telah diadakan pada tarikh 30 mei dan 1 april dan ia berlangsung di Dungun,Terengganu. Karnival ini telah berjaya menarik lebih 250 peserta menyertai pertandingan yang julung- julung kali diadakan itu. Karnival itu telah dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Pejabat Daerah Dungun dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Sani Express, Federal Malay Holdings, Nestle, Maggi, Promat ESM Sdn Bhd, Coleman, RHB Bank, Maybank, AmBank, Sedania Corporation Sdn Bhd, Puspakom Bhd, Tesco, Mydin dan Giant turut memberi kerjasama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah telah menyempurnakan majlis pelepasan peserta di Kompleks LKIM Dungun pada pukul 3 petang bersama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A. Talib dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar.

Turut serta Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh, Yang Dipertua MPD, Zainal Abidin Hussain, Timbalan Ketua Pengarah LKIM, Mohad Khazin Hamzah, Pengarah LKIM Terengganu, Jelani Hashim, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Suhaimi Abu Hassan Shari dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.

Pelbagai lagi acara yang menarik terdapat di Karnival tersebut selain mencandat sotong, acara yang paling awal bermula iaitu pada jam 7 pagi adalah pertandingan menjala ikan di Teluk Hujung Kuala Dungun, dan bagi kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, dan untuk pelbagai usia seperti karaoke, dam aji, dan wau. Carnival ini turut menyelitkan sesi ramah mesra bersama artis seperti Ezlynn, Izwan Pilus, Alyah, Roslan Shah, Fazli Zainal dan Hairi yang diadakan di Medan Ikan Bakar sebelah Kompleks LKIM D

Suasana makin meriah dengan ada juga pertandingan mewarna, dam aji, wau dan karaoke dan tidak ketinggalan sesi beramah mesra bersama artis seperti Ezlynn, Alyah, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Roslan Shah dan Hairi (Anak Wayang) yang diadakan di Medan Ikan Bakar bersebelahan Kompleks LKIM Dungun.


Selesai pertandingan mencandat sotong, peserta diraikan dengan jamuan dan dihiburkan oleh artis-artis undangan dan majlis penyampaian hadiah turut dilakukan pada masa itu kepada peserta-peserta yang berjaya. Pemenang dinilai berdasarkan saiz ikan yang paling besar dapat dijala.

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 Response to "Karnival Candat Santai Harian Metro 2010"