Showing posts with label Warisan. Show all posts
Showing posts with label Warisan. Show all posts

Kampung China

Di persisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung China (China Town) yang telah wujud sejak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abd ke 15.
Kewujudan Kampung China adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal , Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke 19 mencatatkan, kaum Cina pada zama tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Kuala Terengganu adalah satu bandaraya perdagangan maritime yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi Bandar perdagangan yang penting antara kedua Negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk Bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan asia Tenggara.

Di persisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenai sebagai Kampung China (China Town) yang telah wujud sejak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abd ke 15.

Kewujudan Kampung China adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu.
Pelayar terkenal , Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke 19 mencatatkan, kaum Cina pada zama tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.Kuala Terengganu adalah satu bandaraya perdagangan maritime yang penting pada zaman purba.

Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi Bandar perdagangan yang penting antara kedua Negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk Bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan asia Tenggara.

Muzium Negeri Terengganu

Melihat kepada peninggalan dan juga artifak-artifak yang tersimpan di Muzium Negeri Terengganu.Penulis membawa anda ke satu tempat mengimbau sedikit sebanyak tentang selok belok bagaimana tertubuhnya Muzium Negeri Terengganu ini.




Sebelum itu, perkenalkan Muzium Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu Sultan Terengganu. Muzium Negeri Terengganu meliputi kawasan seluas 27 hektar dan ianya terletak berhampiran dengan Kampung Bukit Losong, Paloh Negeri Terengganu.

Kompleks muzium tersebut mempunyai keluasan sebanyak 75,075 meter. Ianya terdiri daripada 4 blok iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, 5 rumah-rumah tradisional dan kawasan lanskap, Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum yang terdiri daripada bangunan utama. Dua galeri yang terdiri daripada Muzium Maritim ialah Galeri Taman Laut dan Galeri Pengembaraan Laut.




Muzium tersebut mempunyai struktur seni bina yang mengkagumkan disertai dengan kompleks Muazam, meliputi kawasan yang amat luas iaitu 27 hektar berhampiran dengan sungai Terengganu.

Rentetan sejarah menyatakan bahawa hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri Terengganu ini tercetus disebabkan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buloh,Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini menggembirakan rakyat Terengganu dan timbulnya rasa kesyukuran yang amat. Masalah yang dihadapi apabila tiadanya tempat untuk meyimpan batu bersejarah ini. Menyedari keadaan ini,pihak pimpinan negeri ketika itu mula berhasrat untuk menubuhkan satu muzium sendiri bagi menyimpan artifak-artifak dan peninggalan berharga seperti batu bersejarah ini.

Oleh itu,jika anda lihat di pintu masuk utama dimana terletaknya Batu Bersurat sebagai salah satu bukti juga pengaruh awal Islam di negeri Terengganu. Istana Lama Terengganu dan bot tradisional lama juga dipamerkan di perkarangan muzium. Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara yang kaya dengan artifak sejarah dan hasil seni yang berabad lamanya.




Bayaran tiket yang dikenakan kepada para pengunjung mengikut peringkat usia seperti di bawah:

Pelancong Malaysia
Dewasa =RM5
Kanak-kanak=RM2
Pelajar Sekolah=RM1

Pelancong Asing
Dewasa =RM15
Kanak-kanak=RM10