Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu


Penginapan kedua yang ingin dikhabarkan ialah Hotel Seri Malaysia di Kuala Terengganu. Pasti ada sesetengah pengunjung yang telah mengetahui mengenai hotel ini, ini kerana Hotel Seri Malaysia mempunyai cawangan di negeri-negeri lain juga. Seperti contoh di negeri Kedah. Di hotel ini bukan saja menawarkan perkhidamatan bilik tidur bahkan disediakan juga tempat untuk seminar dan bermesyuarat, dalam kata lain 'multi-function'. Hotel ini terletak berhampiran dengan pintu gerbang Kg. Cina dan jika anda melalui jalan Kg. Losong, hotel ini akan berada disebelah kiri anda sewaktu di lampu isyarat Kg. China. Anda pasti berpuas hati dengan setiap layanan yang diberikan serta ia sungguh menjimatkan.

Hutan Lipur Sekayu...sungguh mendamaikan..


Pernah dengar tentang Hutan Lipur Sekayu??Tempat ini menjadi kegemaran bagi mereka yang suka berkelah..selain berkelah,bersiar-siar,berkhemah anda juga boleh untuk trekking..menarik bukan?

Hutan Lipur Sekayu ini terletak di Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambahan. Ia merupakan hutan dari jenis Hutan dipterokarp seperti Damar HItam,Keruing,Meranti dan lain-lain.

Apa yang menarik tentang hutan lipur ini terdapat sebuah air terjun yang mempunyai 3 peringkat. Air sungai yang dingin dan pemandangan yang mempesonakan ini menjadi tarikan kepada pengunjung disini menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berisitirehat dan berekreasi sambil menenangkan fikiran. Hutan lipur ini juga menyediakan kawasan perkhemahan yang lengkap dengan tempat memasak, kawasan unggun api, bekalan air dan elektrik sangat sesuai kepada pengunjung yang sukakan aktiviti perkhemahan.

Hutan Lipur Sekayu sememangnya terkenal dengan buminya yang kaya dengan pelbagai khazanah semulajadi seperti spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok termasuk yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi ada terdapat di sini.

Perjalanan penulis dari Universiti Sultan Zainal Abidin mengambil masa kira-kira 1jam20minit untuk sampai ke sana..Pengunjung juga boleh bermalam jika berminat boleh cari chalet atau homestay yang berdekatan..

Ming Star Hotel


Hotel Ming Star ini merupakan salah satu tempat penginapan yang sesuai untuk ahli perniagaan atau keluarga yang menempah percutian di Kuala Terengganu. Hotel ini menyediakan servis yang baik bagi setiap penginap di Ming Star Hotel. Hotel ini juga menyediakan 4 jenis bilik yang boleh dipilih oleh setiap penginap dan setiap bilik direka mengikut keperluan setiap penginap.

Membeli belah di Pasar Payang

Pasar payang syurga membeli belah?yeke..macam-macam anda boleh cari di pasar payang ni dengan harga yang berpatutan..jom penulis membawa anda mengenali pasar payang pula kali ini. Pasar Payang ini terletak di tepi Sungai Terengganu dan ia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar ini mempunyai tingkat atas dan bawah..Seperti dalam gambar di atas,terdapat sebuah surau di luar pasar payang bagi memudahkan para peniga pasar payang,pengunjung serta orang awam lain melakukan tangungjawab seorang muslim.Berniaga,berniaga juga tetapi ibadah tetap jaga barulah perniagaan mendapat berkatNya..:)
Di tingkat atas terdapat pelbagai jenis jualan seperti pelbagai jenis pakaian dari kanak-kanak sehinggalah kepada pakaian orang dewasa,terdapat juga kain batik dan kain sutera, kain brocade ,songket,kasut dan selipar,kraftangan seperti hasil-hasil laut yang dijadikan keychain..Ini pastinya membuatkan mata anda menjadi rambang dengan pelbagai pilihan.Di sini juga terdapat pelbagai barang perkahwinan yang sangat berbaloi harganya seperti tepak sireh,bunga pahar dan sebagainya.Jika anda berasa lapar ketika membeli belah, di tingkat atas ini juga menyediakan restoran,gerai makan dan minum..
Manakala di tingkat bawah pula terdapat pelbagai jenis barangan basah seperti ikan,daging dan ayam segar.Terdapat juga keropok lekor yang seperti penulis ceritakan pada entri yang lalu..,sayur-sayuran,buah-buahan..barangan runcit lain dan banyak lagi la..
Anda pasti seronok untuk membeli belah disini kerana harganya yang boleh ditawar pada harga yang lebih murah selain dapat memerhati budaya disini.

Masjid Abidin

Sedang asyik meronda bandar Kuala Terengganu tiba-tiba penulis terpaku melihat ketenangan masjid ini.Masjid apa yang penulis maksudkan? Tentulah Masjid Abidin atau juga dikenali sebagai masjid putih.Mesti anda tertanya-tanya mengapakah masjid ini dikenali sebagai masjid putih ? Ini kerana masjid ini disergami dengan warnanya yang putih dan bersih.Masjid ini sendiri bernama masjid Abidin sempena nama Sultan Terengganu,Sultan Zainal Abidin II.

Keistimewaan masjid ini?Pada masjid ini terdapat seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid.Terdapat sebuah mimbar berukiran unik di dalam masjid ini yang menjadi perhatian para jemaah.

Kedudukan masjid ini juga dianggap strategik kerana terletak berhampiran dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Ini bukan sahaja membolehkan penduduk sekitar sahaja yang menggunakan masjid ini malahan penumpang-penumpang bas dari seluruh negeri yang berhenti untuk menunaikan solat di masjid ini. Masjid ini diubahsuai mengikut keadaan semasa bagi menampung jumlah qariah yang bertambah demi hari.

Selain itu,pada bulan puasa umumnya,masjid putih ini tidak juga ketinggalan dalam menganjurkan pogram berbuka puasa secara percuma.Ini juga membantu golongan yang kurang bernasib baik selain mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim.

Pertandingan Memasak 'Riang Ria Sotong'

Pada bulan Mei yang lalu, satu pertandingan memasak telah diadakan di negeri Terengganu iaitu Pertandingan Memasak ‘Riang Ria Sotong’ yang dianjurkan oleh Primula Beach Hotel bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Nestle yang merupakan aktiviti tahunan dan ia merupakan satu usaha untuk mencungkil bakat baru dalam bidang masakan.


Salah satu syarat pertandingan itu ialah peserta diwajibkan menyediakan dua jenis masakan berasas produk keluaran FAMA dan Nestle dengan bahan utama sotong serta sejenis masakan pencuci mulut.

Kumpulan pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam di sini muncul juara Pertandingan Memasak ‘Riang Ria Sotong’ yang diadakan di Primula Beach Hotel. Kumpulan itu diwakili oleh Abdul Hadi Othman dan Wan Fazdle Wan Mohamad Ali yang menamakan kumpulan mereka 'Skema Boys'. Mereka adalah pelajar tingkatan empat dari Kelab Ekonomi Rumahtangga (ERT) itu telah menumpaskan 13 pasukan dari sekolah lain yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Masakan yang dinamakan ‘Sotong Goreng Sos Lemon, ‘Sotong Bercili’ dan ‘Triffle’ itu adalah menu ciptaan sendiri kedua-dua pelajar tersebut. Dengan kejayaan itu mereka berdua membawa pulang wang tunai RM300, baucer penginapan termasuk sarapan pagi dan makan malam, hamper dan piala.

Tempat kedua pula disandang oleh Che Ku Rosnita Che Ku Rani dan Engku Syazwani Engku Muzi dari Kampung Kepong dan mereka menerima wang tunai RM200, dua baucer penginapan termasuk sarapan pagi, hamper dan piala.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan yang diwakili Nik Mat Ali Nik Chik dan Saidah Yahya dari Kuala Berang yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150, dua baucar BBQ, hamper dan piala.

Kesemua hadiah termasuk tempat ke-4 dan saguhati disampaikan oleh Pengurus Akaun Primula Beach Hotel, Noraniza Hitam.

Karnival Candat Santai Harian Metro 2010

Baru-baru ini Karnival Candat Santai Harian Metro 2010 telah diadakan pada tarikh 30 mei dan 1 april dan ia berlangsung di Dungun,Terengganu. Karnival ini telah berjaya menarik lebih 250 peserta menyertai pertandingan yang julung- julung kali diadakan itu. Karnival itu telah dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Pejabat Daerah Dungun dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Sani Express, Federal Malay Holdings, Nestle, Maggi, Promat ESM Sdn Bhd, Coleman, RHB Bank, Maybank, AmBank, Sedania Corporation Sdn Bhd, Puspakom Bhd, Tesco, Mydin dan Giant turut memberi kerjasama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah telah menyempurnakan majlis pelepasan peserta di Kompleks LKIM Dungun pada pukul 3 petang bersama Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A. Talib dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar.

Turut serta Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh, Yang Dipertua MPD, Zainal Abidin Hussain, Timbalan Ketua Pengarah LKIM, Mohad Khazin Hamzah, Pengarah LKIM Terengganu, Jelani Hashim, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Suhaimi Abu Hassan Shari dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani.

Pelbagai lagi acara yang menarik terdapat di Karnival tersebut selain mencandat sotong, acara yang paling awal bermula iaitu pada jam 7 pagi adalah pertandingan menjala ikan di Teluk Hujung Kuala Dungun, dan bagi kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, dan untuk pelbagai usia seperti karaoke, dam aji, dan wau. Carnival ini turut menyelitkan sesi ramah mesra bersama artis seperti Ezlynn, Izwan Pilus, Alyah, Roslan Shah, Fazli Zainal dan Hairi yang diadakan di Medan Ikan Bakar sebelah Kompleks LKIM D

Suasana makin meriah dengan ada juga pertandingan mewarna, dam aji, wau dan karaoke dan tidak ketinggalan sesi beramah mesra bersama artis seperti Ezlynn, Alyah, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Roslan Shah dan Hairi (Anak Wayang) yang diadakan di Medan Ikan Bakar bersebelahan Kompleks LKIM Dungun.


Selesai pertandingan mencandat sotong, peserta diraikan dengan jamuan dan dihiburkan oleh artis-artis undangan dan majlis penyampaian hadiah turut dilakukan pada masa itu kepada peserta-peserta yang berjaya. Pemenang dinilai berdasarkan saiz ikan yang paling besar dapat dijala.